v Nama
Kampung Bulan berasal daripada perahu yang bernama Singa Bulan yang dimiliki
oleh seseorang yang bernama Amat atau dikenali sebagai Aki Amat.
v Perahu
tersebut juga mempunyai gelaran tersendiri iaitu “Simbah Darah” kerana perahu
tersebut sentiasa dipenuhi oleh darah kepala yang dipotong.
v Tetapi
perahu yang bernama Singa Bulan tersebut sebenarnya dimiliki oleh seorang
pahlawan dan “pengayau” atau pemburu kepala
yang singgah di Sungai Bulan untuk melakukan aktiviti “ngayau”.Namun
pahlawan tersebut bukanlah dari dunia manusia sebaliknya dari dunia “Sebayan”
atau erti kata lain iaitu dunia Orang Mati dalam kepercayaan kaum Iban.
v Pahlawan
tersebut singgah di muara Sungai Bulan dan memanggil penduduk yang berada di
kawasan itu namun tiada seorang pun yang menjawab panggilannya itu. Akibatnya pahlawan
tersebut marah dan menyumpah penduduk kampung tersebut jika penduduk kampung
tersebut melakukan aktiviti “ngayau”
mereka,mereka tidak akan memperoleh kepala lagi.Bermula daripada itulah
aktiviti ngayau di Kampung Bulan tidak dijalankan lagi.
v Terdapat
satu lagi cerita iaitu sekumpulan penduduk Kampung Bulan tersebut menggunakan
perahu untuk melakukan aktiviti ngayau mereka melalui sebuah kampung iaitu
Lintang, di pertengahan jalan mereka terserempak dengan seorang yang tidak
dikenali dan orang memperkenalkan diri sebagai Bunga Nuing. Dia meminta tolong kepada
mereka untuk membawa dia pulang ke rumahnya tetapi mereka enggan kerana jijik
dengan tubuhnya yang dipenuhi oleh kurap .Oleh kerana berasa marah, Bunga Nuing
terjun dan membelah sebuah batu yang berdekatan dan bersumpah barang sesiapa
penduduk yang mendiami Sungai Bulan sehingga Sungai Sebuyau tidak akan
memperoleh kepala lagi jika mereka melakukan aktiviti ngayau. Oleh itu,mereka
berhasrat untuk berpatah balik dan menolong Bunga Nuing, namun segalanya
terlambat kerana Bunga Nuing telah ghaib dari tempat tadi.
v Setelah
selesai melakukan aktiviti ngayau mereka meneruskan lagi aktiviti ngayau namun
tetap kecewa kerana mereka masih gagal memperolehi kepala akibat sumpahan Bunga
Nuing. Selepas itu, mereka pun berpindah dari kawasan Sebuyau ke beberapa
petempatan baru seperti Banting, Lubuk Bedil, Lubuk Lingka dan Lubuk
Perau(Perpindahan penduduk ini adalah diceritakan oleh Ikak Turi). Sampai di
Lubuk Perau mereka dari Bulan ini pun singgah untuk bermalam. Namun hujan lebat
pada malam itu telah menyebabkan perahu mereka karam. Pada pagi itu pula,
mereka bergerak ke Nanga Pampat yang terletak di hulu sungai. Keberadaan mereka
di Nanga Pampat agak lama sehingga mereka sempat melakukan aktiviti “gawa”
iaitu memuja dan berdoa dalam kepercayaan kaum Iban yang masih mengamalkan kepercayaan
lama. Nanga Pampat ialah nama bagi Sg.Sebuyau namun tidak digunakan kerana agak
janggal bagi masyarakat zaman baru.
v Selepas
itu, mereka meneruskan perjalanan mereka ke hulu sungai iaitu Ai Mentu. Oleh
kerana perahu yang mereka naiki tidak dapat mudik ke hulu lagi, maka mereka
membuat keputusan singgah di Nanga Layar .
v Tidak
lama kemudian, mereka pun berpecah ke tempat-tempat tertentu seperti Banting
dan Langgir. Sekumpulan penduduk ini agak lama menetap di Nanga Layar tersebut
sehingga melahirkan generasi kedua selepas mereka.
v Anak-anak
mereka pula berhasrat untuk mencari kembali Kampung Bulan yang pernah didiami
oleh bapa mereka dahulu. Antara mereka yang melakukan pencarian dan perpindahan
ke kampung asal mereka ialah Aki Reja, Aki Empasak, Aki Encela Tuai Rumah
Kampung Jeragam(tidak dinyatakan nama) dan banyak lagi. Dalam perjalanan mereka
ke Kampung Bulan, mereka telah singgah di beberapa kawasan dan menetap di sana
untuk suatu tempoh yang agak lama. Antara tempat persinggahan mereka adalah
seperti Bukit Tunggal, Bukit Puna dan Kampung Jeragam.
v Berlaku
perbalahan antara Aki Reja dengan Aki Menggung semasa mereka menetap di Kampung
Jeragam. Perbalahan tersebut cuba diselesaikan melalui sistem pengadilan oleh
Ketua Kampung dan berakhir dengan Aki Reja yang bersalah. Aki Nayong pula
tampil untuk membela Aki Reja dan pesalah sebenar iaitu Aki Menggung dapat
dibuktikan . Seterusnya, Aki Menggung melarikan diri dari kampung tersebut.
Ketua kampung pertama Kampung Bulan ialah Aki Reja seterusnya disambung oleh
anaknya Sampar dan anak sulung Sampar dan Aki Ajong dan Aki Aman dan yang
terakhir ialah Muntigerai Anak Aman.
v Kedudukan
Kampung Bulan telah berubah dari dulu.Kedudukan Kampung Bulan yang sebenar
adalah berada di Seruduk iaitu di mana kedudukan SK Bulan Jeragam dibina.
v Terdapat
rumah panjang di Kampung Bulan asalnya sebelum kampung tersebut dipindahkan.
Namun tidak dikekalkan setelah kedudukan kampung itu dipindahkan selepas Perang
Dunia Ke-2. Rumah pangjang tersebut digelar “Rumah Panjang Jepun” kerana
kedatangan askar Jepun pada tahun1941
dan menetap di sana.
v Di
atas tanah kebun masing-masing penduduk telah membina rumah sendiri dan rumah
panjang tidak lagi diamalkan pada tahun 1960.
v Walaupun
telah menetap di kawasan yang baru, terdapat beberapa penduduk ingin berpindah
semula ke Banting, Langgir dan Balau.
No comments:
Post a Comment